Loading
✈️ Rancang cuti, cipta memori.
✈️ Rancang cuti, cipta memori.

Sempena kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 bersama Tourism Malaysia, jangan lepaskan peluang menaiki bas KL Hop-On Hop-Off 2026 (HOHO) untuk bersiar-siar di sekeliling Kuala Lumpur pada siang ataupun malam hari.

Ini adalah salah satu cara paling santai kalau korang nak jalan-jalan di sekitar KL tanpa pening kepala hadap traffic jam. Sumpah seronok weh!

Bas ni bas double-decker tau, tapi kat bahagian atas bas tu terbuka (open-deck). Kalau naik waktu malam, memang seronok kena tiupan angin sejuk malam sambil tengok sekeliling. Kalau nak rasa, bolehlah tempah tempat duduk bahagian atas okay.

Yang bestnya lagi, bas ni akan berhenti di beberapa lokasi dan tempat menarik. Kalau bas berhenti, kita pun boleh turun, ambik gambar ke shopping ke lepastu naik bas semula.

Satu lagi, bas-bas kini dilengkapi dengan audio panduan berteknologi AI (AI-driven tour guide). Sepanjang perjalanan, sistem AI ini akan menceritakan sejarah setiap tempat ikonik secara automatik!

Kalau nak tahu info lebih lanjut, harga Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off 2026, jadual operasi terkini, tip jimat untuk pelancong domestik (MyKad) serta antarabangsa, dan cara beli tiket online dengan harga promosi, jom baca perkongsian di bawah.

Kredit: Laman Facebook Rasmi KL Hop-On Hop-Off

Jenis Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off 2026

Sebelum korang tempah tiket, perkara paling penting yang wajib korang faham adalah jenis tiket yang ditawarkan. Ramai pelancong first-timer tersilap beli tiket sebab mereka ingatkan semua tiket bas ini adalah sama.

Setakat semakan Jun 2026, ada dua jenis tiket yang ditawarkan iaitu:

  • Waktu Siang (Day Tour)
  • Waktu Malam (Night Tour)

Untuk waktu siang (Day Tour), ada dua jenis pakej iaitu:

  1. KL Hop-On Hop-Off (Day Tour); Pas 24 / 48 jam
  2. Family Package (Day Tour); Untuk 2 kanak-kanak 5-12 tahun dan 2 dewasa.

Kalau waktu malam (Night Tour) pula, pun ada dua jenis pakej iaitu:

  1. KL City of Lights Tour (Night Tour) – KLCC ; Starting Point : KLCC, 8.00 pm – 10 pm
  2. KL City of Lights Tour (Night Tour) – Sungei Wang. Starting Point : Kiosk Stop 01, Bukit Bintang (bersebelahan Sungei Wang Plaza), 8.00 pm – 10 pm

Clear tak?

INFO: Apa beza tiket siang (Day Tour) dan malam (Night Tour)?

Day Tour:

  • Tiket ini dijual dalam bentuk Pas 24 Jam atau Pas 48 Jam.
  • Korang boleh bebas turun dan naik (Hop-On, Hop-Off) berulang kali di mana-mana 20+ hentian ikonik di sekitar KL untuk berjalan, ambil gambar, atau shopping. Selesai satu tempat, korang cuma perlu tunggu bas seterusnya sampai untuk ke destinasi baru.

Night Tour:

  • Berkonsepkan Satu Perjalanan (Per Trip) selama 2 jam.
  • Tiket ini TIDAK BOLEH turun naik sesuka hati tau! Korang akan duduk di atas bas dari awal bertolak jam 8:00 malam sehingga tamat trip.
  • Bas cuma akan berhenti sekejap (5-7 minit) di beberapa lokasi (seperti KLCC atau Istana Negara) untuk korang tangkap gambar dari atas dek bas sahaja.

Jangan keliru okay!

Harga Tiket KL Hop-On Hop-Off 2026

Harga tiket rasmi KL Hop-On Hop-Off 2026 berbeza mengikut jenis pas yang dipilih. Rujuk di bawah:

Jadual Harga Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off (Jun 2026)

Kategori & Jenis Tiket MyKad (Warganegara)Harga Pelancong Asing (Bukan Warganegara)
KL Hop-On Hop-Off (Day Tour) – 24 Jam RM38RM76
KL Hop-On Hop-Off (Day Tour) – 48 Jam RM57RM114
Family Package (Day Tour 24 Jam) *RM105RM210
KL City of Lights Tour (Night Tour) – KLCC RM40.00RM80
KL City of Lights Tour (Night Tour) – Sungei WangRM40.00RM80

*Nota Pakej Keluarga: Sah untuk kombo standard keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak, 5-12 tahun) Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah PERCUMA (di pangkuan ibu bapa).

tiket bas KL hop on hop off 1

Macam mana Nak Beli Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off 2026?

Ada dua cara utama untuk korang dapatkan tiket bas HOHO ni. Korang boleh pilih sama ada nak beli secara walk-in di kaunter fizikal atau beli secara online sebelum trip bermula.

Tapi, personally, sangat-sangat sarankan untuk korang beli secara online. Kenapa? Lebih jimat, tak payah membazir masa beratur panjang, dan boleh terus tempah slot waktu (terutamanya untuk Night Tour yang selalu penuh!).

Cara Beli Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off 2026 Secara Online

Langkah 1: Layari portal rasmi KL Hop-On Hop-Off 2026 (HOHO)

Langkah 2: Pilih kategori tiket mengikut kesesuaian. Ada 4 pilihan:

Langkah 3: Klik “Book”. Pilih tarikh, masukkan bilangan ahli, masukkan emel. Seterusnya, masukkan butiran peribadi dan buat pembayaran terus secara online menggunakan online banking (FPX), kad kredit, atau e-wallet.

Langkah 4: Korang akan terima resit digital berbentuk QR Code / E-Voucher melalui emel atau aplikasi telefon.

Nanti sampai stesen, tinggal tunjuk sahaja QR code tu dekat telefon korang untuk tebus gelang fizikal. Mudah kan?

Tutorial Bergambar Cara Beli Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off 2026

Pilih tiket mana yang anda nak tempah, contohnya KL Hop-On Hop-Off (Day Tour). Kemudian, pilih pilihan untuk warganegara (24 jam atau 48 jam), klik Book Now.
Pilih tarikh dan masukkan bilangan dewasa/kanak-kanak
Isi semua maklumat pembayaran, klik Book Now. Buat pembayaran dan resit digital berbentuk QR Code / E-Voucher akan dihantar melalui emel.

Cara Beli Secara Walk-In (Kaunter Fizikal)

  • Lokasi Kaunter Utama: Kiosk utama terletak betul-betul di luar pintu masuk Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang (Hentian No. 1 / Stop 01).
  • Kaunter Alternatif: Korang juga boleh beli terus di kaunter bertempat di pintu utama KLCC (Esplanade), tetapi kaunter ini lebih difokuskan untuk jualan tiket malam (Night Tour).
  • Cara Pembayaran: Kaunter fizikal menerima pembayaran secara tunai, kad debit/kredit, dan juga imbasan e-wallet tempatan.

PENTING: Kalau korang nak naik bas malam (Night Tour), jangan sesekali dah pukul 7 baru nak beli tikt walk-in. Biasanya tiket akan habis awal. Sebaiknya beli beberapa jam atau beberapa hari sebelum.

Kat Mana Boleh Beli Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off 2026

Selain portal rasmi KL Hop-On Hop-Off 2026 (HOHO), korang boleh juga beli tiket secara online melalui portal/apps:

  1. Redbus
  2. Klook
  3. Traveloka

Cara Naik Bas KL Hop-On Hop-Off 2026 untuk First Timer

Bagi korang yang pertama kali nak cuba naik bas KL Hop-On Hop-Off 2026, sila rujuk panduan langkah-demi-langkah (Step-by-Step) di bawah supaya tak tersalah nanti.

Pertama, pastikan dah beli tiket (online/walk-in).

Kemudian, korang wajib pergi ke kaunter fizikal untuk menukar e-voucher kepada voucher berbentuk kertas sebelum menaiki bas.

>> Lokasi Kaunter Rasmi: Kaunter utama untuk tebus tiket terletak di Sungei Wang Plaza (Bukit Bintang – Stop 01).

Bagi korang yang mengambil tiket malam (Night Tour), korang juga boleh menebus tiket di kaunter pintu utama KLCC (Esplanade).

bas KL hop on hop off 1

Pihak pengurusan bas sangat menepati masa, jadi korang jangan lambat ya!

  • Day Tour (Siang): Bas siang beroperasi dari jam 9:00 Pagi hingga 6:00 Petang. Walau bagaimanapun, waktu pelepasan bas terakhir untuk pusingan penuh (last full tour) adalah tepat pada jam 4:00 Petang. Kalau korang datang selepas jam 4:00 petang, korang dah tak sempat nak pusing habis!
  • Night Tour (Malam): Hanya ada satu sesi sahaja setiap hari iaitu tepat jam 8:00 Malam. Polisi rasmi menetapkan korang wajib berada di lokasi pelepasan (Sungei Wang atau KLCC) sekurang-kurangnya 30 minit awal (7:30 malam) untuk urusan tebus voucher dan beratur.

Apabila melangkah masuk ke dek atas bas, ada beberapa undang-undang keselamatan rasmi yang wajib korang patuhi demi keselamatan diri:

  • Zon Dek Terbuka (Open-Deck Area): Tempat duduk di bahagian luar tanpa bumbung ini adalah berdasarkan sistem first-come, first-served (siapa cepat dia dapat).
  • Dilarang Berdiri: Peraturan rasmi KL Hop-On Hop-Off melarang keras mana-mana penumpang daripada berdiri atau berjalan semasa bas sedang bergerak, terutamanya di kawasan dek terbuka atas bas. Korang wajib duduk di kerusi masing-masing untuk mengelakkan risiko terkena dahan pokok atau kabel jalan raya.
  • Audio Panduan AI: Sambil duduk, korang boleh dengar ulasan sejarah setiap tempat ikonik yang bas sedang lalu dalam pelbagai bahasa!
Kredit: Laman Facebook Rasmi KL Hop-On Hop-Off

Laluan Laluan (Route) Utama & Hentian

Laluan Siang (Ronda-Ronda KL Day Tour)

  • Untuk pas siang (Jam 9:00 Pagi – 6:00 Petang), terdapat dua laluan berbeza iaitu City Route dan Garden Route.
  • Stesen pertukaran utama (Interchange Station) bagi kedua-dua laluan ini adalah di Sungei Wang Plaza (Stop 01).

Laluan ini memfokuskan kepada kawasan pencakar langit moden, daerah perniagaan, dan zon pusat beli-belah paling meriah di KL:

  • Stop 01: Sungei Wang Plaza (Kiosk Utama & Pusat Tebus Gelang).
  • Stop 02: Masjid India (Syurga tekstil dan barangan tradisional).
  • Stop 03: Kampung Baru (Port makan masakan Melayu dengan view KLCC).
  • Stop 04: Palace of Culture (Istana Budaya).
  • Stop 05: Intercontinental (Kawasan hotel mewah Jalan Ampang).
  • Stop 06: KLCC (Hentian wajib tangkap gambar Menara Berkembar Petronas).
  • Stop 07: MaTiC (Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia).
  • Stop 08: KL Tower (Hentian kaki Bukit Nanas untuk naik ke Menara KL).
  • Stop 09: P. Ramlee (Kawasan kelab malam dan hub hiburan).
  • Stop 10: Aquaria / KLCC Park (Terowong hidupan akuatik bawah tanah).
  • Stop 11: KL Craft Complex (Kompleks Kraf Tangan Jalan Conlay).
  • Stop 12: TRX (Tun Razak Exchange – Hab kewangan baru dan mall mewah).
  • Stop 13: Bukit Bintang (Kawasan tumpuan utama Pavilion KL & Starhill).
  • Stop 14: Tengkat Tong Shin (Zon kafe hipster berdekatan Jalan Alor).

Laluan ini pula membawa korang menelusuri sejarah awal, warisan budaya, seni bina kolonial, serta taman-taman menghijau di tengah kota:

  • Stop 01: Sungei Wang Plaza (Titik permulaan semula).
  • Stop 15: Swiss Garden (Zon hotel Jalan Pudu).
  • Stop 16: Chinatown (Jalan Petaling – Port cari makanan jalanan klasik).
  • Stop 17: Central Market (Pasar Seni – Syurga cenderamata budaya Malaysia).
  • Stop 18: Little India (Brickfields – Kawasan budaya komuniti India).
  • Stop 19: KL Sentral (Pusat transit pengangkutan rel terbesar).
  • Stop 20: Muzium Negara (Muzium sejarah utama tanah air).
  • Stop 21: Istana Negara (Pintu gerbang kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong).
  • Stop 22: Lake Garden (Taman Botani Perdana yang sangat luas).
  • Stop 23: Bird Park (Taman Burung KL – Sangkar burung layang bebas terbesar).
  • Stop 24: Masjid Negara (Masjid utama berkonsepkan seni bina moden).
  • Stop 25: Dataran Merdeka (Padang bersejarah bertentangan Bangunan Sultan Abdul Samad).
  • Stop 26: Medan MARA / Chow Kit (Kawasan pasar tradisional tempatan).

Korang boleh rujuk peta di bawah:

laluan bas kl hop on hop off
Kredit: Laman Facebook Rasmi KL Hop-On Hop-Off

Pas waktu siang

  • Selang masa kehadiran bas di setiap stesen adalah sekitar 20 hingga 40 minit mengikut keadaan trafik semasa di Kuala Lumpur.
  • Papan Tanda Hentian: Korang hanya boleh turun dan naik bas di papan tanda stesen rasmi yang mempunyai logo KL Hop-On Hop-Off sahaja. Bas tidak akan berhenti di sebarangan tempat tepi jalan.
  • Korang boleh turun naik tanpa had selagi pas 24 atau 48 jam korang masih sah!

Laluan Malam (KL City of Lights Night Tour)

  • Untuk tiket malam, TIADA sistem dua laluan. Bas malam tidak akan berhenti mengikut kod nombor stesen di atas, dan korang tidak dibenarkan turun naik bas.
  • Bas malam akan bergerak secara Single Cruise Route (Satu Laluan Terus) selama 2 jam yang menggabungkan zon-zon bercahaya paling ikonik di Kuala Lumpur.
  • Walaupun korang tidak boleh turun bersiar-siar, bas akan berhenti seketika selama 5 hingga 10 minit di atas jalan raya di hadapan mercu tanda utama ini bagi memberi peluang korang bergambar dari atas dek terbuka:
    • Check-Point 1: Dataran Merdeka (Limpahan lampu neon jingga klasik Bangunan Sultan Abdul Samad).
    • Check-Point 2: Istana Negara (Pemandangan lampu kubah kuning istana yang sangat gah).
    • Check-Point 3: KLCC (Bas akan berhenti betul-betul di kawasan lampu limpah Twin Towers).
    • Check-Point 4: Menara KL (Pemandangan warna-warni menara komunikasi dari jarak dekat)

Sesuaikah Bawa Kanak-kanak?

Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, jawapan ringkas untuk soalan di atas ialah: Ya, tersangatlah sesuai dan sangat berbaloi!

Walau bagaimanapun, untuk memastikan emosi anak-anak kekal gembira dan tidak meragam (tantrum) sepanjang trip, korang wajib tahu beberapa tip survival penting ini:

1. Kemudahan Mesra Stroller (Official Policy)

Pihak pengurusan KL Hop-On Hop-Off membenarkan korang untuk membawa stroller bayi masuk ke dalam bas.

  • Cara Simpan: Korang tidak dibenarkan membawa stroller yang terbuka ke dek atas bas demi faktor keselamatan. Korang wajib melipat stroller tersebut dan menyimpannya di ruangan khas simpanan barang yang terletak di bahagian dek bawah bas sebelum korang naik ke tingkat atas.

2. Cuaca Tengah Hari (Untuk Pas Siang)

Cuaca di Kuala Lumpur pada waktu tengah hari (sekitar jam 12:00 tengah hari hingga 3:30 petang) boleh menjadi sangat terik dan membakar kulit.

  • Tip: Jangan paksa anak-anak duduk di bahagian dek atas terbuka pada waktu ini. Lebih baik bawa anak-anak duduk di bahagian dek bawah yang berbumbung penuh dan dilengkapi dengan pendingin hawa (air-cond) yang sejuk.
  • Kelengkapan Wajib: Pastikan korang pakaikan anak-anak topi, cermin mata hitam, sapu sunscreen, dan bawa kipas mini bergerak (portable mini fan) berserta botol air mineral.

3. Trip Malam Lebih Selesa

Kalau korang malas nak bersesak dengan cuaca panas siang hari, saya sangat menyarankan korang ambil pakej KL City of Lights (Night Tour).

  • Sebab Lebih Best: Angin malam Kuala Lumpur pada jam 8:00 malam adalah sangat redup dan sejuk. Anak-anak boleh duduk diam di atas kerusi melayan pemandangan lampu-lampu neon kota tanpa perlu penat berjalan kaki.
  • Kebanyakan kanak-kanak akan tertidur dengan jenyak pada 30 minit terakhir perjalanan kerana angin yang tersangat buai dan selesa!

4. Peraturan Ketat “Dilarang Berdiri”

Kanak-kanak memang sifatnya suka melompat atau berdiri apabila terlalu teruja. Korang sebagai ibu bapa wajib memantau mereka secara rapat.

  • SOP Keselamatan: Pemandu bas akan memberi amaran keras jika melihat ada anak-anak yang berdiri di atas kerusi semasa bas bergerak. Ranting pokok di tepi jalan raya KL adakalanya agak rendah dan boleh terkena kepala penumpang di dek atas terbuka jika tidak berhati-hati.

Waktu Operasi & Jadual Bas Terkini

Jadual Operasi Siang (Ronda-Ronda KL Day Tour)

  • Waktu Operasi: 9:00 Pagi hingga 6:00 Petang (Setiap hari).
  • Waktu Bas Terakhir (Last Bus Tour): Tepat jam 4:00 Petang.
  • Bus Interval: Bas baru akan sampai di setiap hentian stesen setiap 20 hingga 40 minit sekali. Kecekapan masa ini bergantung penuh kepada keadaan aliran trafik semasa di pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Jadual Operasi Malam (KL City of Lights Night Tour)

  • Waktu Operasi: Hanya ada Satu Sesi / Slot sahaja setiap hari.
  • Waktu Bas Bertolak (Departure Time): Tepat jam 8:00 Malam.
  • Waktu Wajib Beratur (SOP Rasmi): Korang wajib berada di lokasi pickup pilihan korang (sama ada kiosk Sungei Wang Plaza atau pintu utama KLCC) selewat-lewatnya jam 7:30 Malam untuk urusan semakan tiket fizikal dan beratur masuk.
  • Durasi Trip: Perjalanan malam mengambil masa tepat 2 jam (Bas akan hantar korang semula ke stesen permulaan sekitar jam 10:00 malam).

Tips Penting

Berdasarkan pengalaman dan review beberapa individu lain yang perna naik bas KL HOHO ini, pastikan korang baca tips-tips penting ini:

  1. Jangan Beli Tiket Malam (Night Tour) Secara Walk-In.
  2. Elakkan Naik Bas Siang (Day Tour) Waktu Orang Balik Kerja – Waktu puncak kesesakan lalu lintas (rush hour) di Kuala Lumpur adalah sekitar jam 4:30 petang hingga 6:30 petang
  3. Bawa air mineral.
  4. Kalau naik waktu siang, target tempat turun yang anda nak awal-awal. Contohnya nak makan turun kat mana, nak shopping kat mana dan seumpamanya.
  5. Bawa payung/topi.

Kempen Promosi Rasmi “Visit Malaysia 2026”

Pihak KL Hop-On Hop-Off telah melancarkan kerjasama rasmi bersama Tourism Malaysia dalam kempen promosi “Visit Malaysia 2026”.

Enam buah bas HOHO telah dibalut (wrapped) dengan rekaan grafik khas yang memaparkan destinasi pelancongan utama dari 15 buah negeri di Malaysia.

Menariknya, pada badan bas tersebut ada Interactive QR Code rasmi. Penumpang boleh scan kod itu menggunakan telefon untuk terus melihat pakej pelancongan diskaun rasmi bawah kalendar acara Visit Malaysia 2026.

Nak Tahu Lebih Lanjut?

Jika mempunyai sebarang pertanyaan khusus, ingin membuat tempahan berkumpulan (corporate/group booking), atau ingin menyemak status operasi bas dan sebagainya, sila rujuk saluran rasmi pihak pengurusan bas di bawah:

  1. Portal Rasmi KL Hop-On Hop-Off
  2. Sistem Tempahan Tiket KL Hop-On Hop-Off
  3. Laman Facebook Rasmi KL Hop-On Hop-Off
  4. Talian Khidmat Pelanggan: +603-9282 2713 (Waktu pejabat: 9:00 Pagi – 6:00 Petang).

Soalan Lazim Berapa Harga Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off 2026 & Cara Beli Tiket

Bagi korang yang masih musykil atau mahukan jawapan pantas tentang perancangan trip pada bulan Jun 2026 ini, berikut adalah ringkasan jawapan tepat berdasarkan panduan operasi rasmi KL Hop-On Hop-Off:

Berapa harga tiket bas KL Hop-On Hop-Off 2026 untuk warganegara (MyKad)?

Harga tiket siang (Day Tour) standard bagi dewasa pemegang MyKad ialah RM38.00. Bagi anak kecil berumur bawah 5 tahun, kemasukan adalah PERCUMA!

Berapa harga tiket untuk pelancong asing (Standard)?

Bagi pelancong antarabangsa, harga pas siang (Day Tour 24 Jam) bermula dari RM72.90 hingga RM85.00 untuk dewasa, manakala bagi kanak-kanak warga asing pula ialah RM45.00.

Bagaimana cara beli tiket bas KL Hop-On Hop-Off 2026 dengan harga promo paling jimat?

Cara terbaik untuk sebat harga diskaun murah dan mengelak daripada beratur panjang di kaunter adalah dengan membeli secara online sebelum trip bermula. Anda boleh beli di platform rasmi KL Hop-On Hop-Off 2026 (HOHO), Traveloka, Agod, Redbus dan Klook.

Di mana kaunter fizikal untuk urusan tebus tiket atau beli secara walk-in?

Kiosk utama (Main Hub) yang rasmi terletak betul-betul di perkarangan luar Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang (Hentian Stop 01). Satu lagi kaunter alternatif ada di pintu utama KLCC (Esplanade), tetapi ia lebih difokuskan untuk jualan tiket malam (Night Tour).

Di mana lokasi hotel paling strategik kalau saya nak naik bas HOHO KL ni?

Kawasan paling terbaik dan sangat disarankan untuk tempat penginapan adalah di sekitar Bukit Bintang. Boleh rujuk hotel berdekatan tempat hentian bas di https://myhoponhopoff.com/kl/

Kalau bas penuh, macam mana saya nak naik? Adakah tempat duduk dijamin?

Sistem tiket bas HOHO ni berasaskan free-seating dan first-come, first-served (siapa cepat dia dapat). Untuk trip malam, tempat duduk di dalam bas adalah dijamin ikut kuota tiket. Tapi, kalau nak rebut tempat duduk bahagian dek atas terbuka, kena cepat.

You Missed